Dipetik dari facebook Faizul Ridzuan
NAMA SAYA FAIZUL RIDZUAN DAN SAYA SEDIH TENGOK GRADUAN SEKARANG.
.
Salam semua. Baru-baru ni saya tengok ramai yang kongsikan kisah graduan berumur 23 tahun yang
menceritakan kisah sedih beliau yang bagaimana graduan sekarang adalah
umpama pengemis. Saya tak menyokong atau pun mengkritik beliau sebab
saya rasa rintihan beliau adalah rintihan orang muda yang masih belum
faham realiti kehidupan.
.
Memandangkan beliau berumur 23 tahun skrg, saya nak ceritakan sikit apa yang saya ada ketika berumur 23 tahun (tahun 2004) :
.
1. Saya baru graduate dari University Malaya dalam jurusan software
engineering. Saya bekerja di Starbucks sejak tahun 1999 sehingga 2004
untuk mencari wang poket. Boleh lah dapat gaji RM800 hingga RM1000
sebulan, cukup untuk bayar motor skuter saya, makan minum dan duit untuk
dating dgn ex-GF seminggu sekali.
.
2. Saya beli motor skuter
waktu belajar guna duit saya dapat dari p/time pembancuh kopi. Itulah
kenderaan rasmi saya setiap hari. Keluarga saya tak mampu nak beri saya
kereta walaupun sambung bayar. Jadi Saudari Z, anda lebih bertuah dari
saya. At least bapa anda mampu bagi kereta untuk anda pakai.
.
3. Waktu itu adalah zaman gawat dalam undustri IT di Malaysia. Berpuluh
ribu graduan IT dan komputer sains yang dilahirkan setiap tahun tetapi
pekerjaan yang ada mmg terhad. Ini disebabkan kerana dotcom bubble di
USA pada tahun 2001/2002 yang menyebabkan banyak syarikat dalam industri
ini tutup kedai. Kerja pertama yang saya dapat sebagai programmer, gaji
yang ditawarkan cuma RM600 sebulan + penginapan disediakan.
.
4. Bayangkan, gaji pertama saya dalam indusri ini selepas belajar 4
tahun di university yang di-iktiraf lebih rendah dari gaji saya sebagai
pembancuh kopi di Starbucks. Saya tak berani nak komplen pun sebab ada
ramai lagi graduan yang kerja pun tiada.
.
5. Selepas setahun
dalam industri IT, saya putuskan saya nak belajar berniaga sebab nak
ubah nasib. Tetapi disebabkan tiada modal, saya putuskan untuk bekerja
dulu dan kumpul modal. Tapi saya putuskan yang semua pekerjaan yang saya
pilih mesti berikan saya ilmu dan ajaran untuk jadi seorang peniaga
yang berjaya. Kesimpulannya, saya tak akan ambil apa-apa pekerjaan
semata-mata kerana gaji.
.
6. Pekerjaan pertama yang saya pilih
selepas buat keputusan ini, adalah sebagai jurujual kad kredit. Saya
pilih pekerjaan ini kerana saya nak belajar menjual, dan teknik jualan
adalah perkara asas kalau nak jadi peniaga yang berjaya. Gaji basic saya
adalah RM0, sebab saya cuma dibayar komisyen 100%. Kalau saya gagal
jual apa-apa, saya akan makan pasir bulan itu. Saya seumpama dicampak
dalam air dan kena belajar berenang secepat mungkin sebelum mati
tenggelam.
.
7. Jurujual kredit kad Ini pekerjaan yang anda tak
perlukan SPM untuk diterima. Ibu saya cukup risau tapi beliau still
merestui keputusan saya. Ayah saya berpendapat ini pekerjaan untuk orang
yang tiada pendidikan, dan saya seumpama membuang ijazah yang saya
berusaha 4.5 tahun untuk dapat. (matrikulasi dan tambahan 1 semester).
Sebulan beliau tidak berbicara dgn saya sebab dia kecewa dengan pilihan
saya. Ramai kawan-kawan beranggapan saya sudah hilang akal. Tiada
seorang pun rakan dan ahli keluarga saya yang berikan sokongan penuh,
mungkin sebab mereka risau. Cuma Ex-girlfren saya beri sokongan penuh
walaupun beiiau kurang faham. (Hari ini, ex-GF dah naik pangkat jadi
isteri).
Waktu itu, memang rasa seperti kita berseorangan dalam dunia yang besar.
.
8. Hari pertama saya bekerja, saya dihantar ke stesen minyak BhP di
Shah Alam untuk jual kredit card kepada orang yang sedang mengisi
minyak. Saya menggigil bila berjumpa prospek. Saya baca dari kertas
skrip jualan saya sebab masih tak hafal. Sebelum ni hanya tahu berbicara
dengan komputer, sekarang saya kena berbicara dgn manusia lain dan buat
pekerjaan yang saya langsung tiada kepakaran.
.
9. Bulan
pertama saya jadi jurujual, alhamdulillah saya dapat jadi top-3 dalam
jualan. Saya pun terperanjat sebab saya sendiri tak sangka boleh buat
dan dapat top-3 secepat ini. Saya rasa nekad saya membuang ijazah untuk
cuba bidang baru buat saya lebih berusaha sebab saya nak buktikan kepada
mereka yang tak sokong saya dan menghina saya yang saya boleh buat
benda ni dan dapatkan pendapatan yang melebihi apa yang saya pernah
dapat. Majoriti rakan-rakan seperjuangan saya pulak orang cina, dan
diorang memang sangat berusaha. Jadi saya dapat belajar dari mereka
macammana nak tinggikan work-ethic, tingkatkan EQ dan tingkatkan skill
komunikasi saya. Saya fikir sebab niat saya elok dan nak cari duit
halal, Allah SWT banyak tolong permudahkan. Alhamdulillah, pendapatan
saya tak pernah kurang dari RM2000 sebulan. Ini kejayaan kecil saya yang
pertama.
.
10. Selepas hampir setahun, saya ditawarkan bekerja
dalam bank pula sebagai management trainee. Saya dah mahir menjual dan
berbicara ( bahasa inggeris saya ada slang amerika ) , dan saya rasa
pekerjaan ini berikan saya peluang yang baik untuk belajar ilmu duit dan
macammana sistem perbankan kita berfungsi bila saya berniaga kelak.
.
11. Mereka hanya ambil 20 calon daripada hampir 1000 calon yang apply.
Bila waktu interview ada 2 jabatan yang memilih. Saya dianggap tak
layak untuk masuk ke jabatan perbankan-korporat, tetapi Pn Z di Consumer
Banking pilih saya sebab saya ada attitude dan semangat yang positive.
Dan masuk hari pertama, saya dapati yang majoriti dari mereka yang
dipilih semunya graduan universiti luar negara, dengan keputusan yang
hebat. Sekali lagi, saya bermula dari kosong dalam pekerjaan yang saya
langsung tiada pengalaman atau kepakaran, dan kena bertarung dengan 19
calon lain yang lebih berkelayakan dan lebih bijak dari saya untuk
dapatkan jawatan tetap selepas satu tahun. Tapi sebab saya dah ada
pengalaman dan keyakinan selepas berjaya menjadi penjual kredit kad,
saya positif yang saya boleh gunakan EQ saya untuk berjaya dalam bidang
ini. Gaji tetap saya dalam posisi ini RM2500 sebulan.
.
12.
Sebagai management trainee, memang standard la kalau kita disuruh buat
kerja kuli dan kerja yang tak berapa penting. Ramai rakan-rakan saya
yang hari hari waktu makan akan komplen sebab boss mereka bagi kerja
yang tak penting. Saya hanya diam dan bersyukur sebab masalah-masalah
ini JAUH LEBIH MUDAH berbanding dgn waktu saya jual kredit kad. Waktu
jual kad kredit, kalau saya gagal jual, saya tak makan. Di sini, saya
tak perlu jual apa-apa pun masih dibayar gaji penuh. Jadi attitud saya
mmg sgt positif sebab bagi kerja ini sgt mudah. Saya tak pernah komplen,
dan saya akan buat apa yang diminta dan saya akan tambahkan sikit lagi.
( Extra 10% effort).
.
13. Masalah? Memang ada kalau betul
saya nak jadikan issue. Di dalam bidang perbankan, orang Melayu dan
orang Islam adalah minoriti. Saya pernah ada rakan sekerja yang berkata
“Ini bank Cina, orang melayu tak patut kerja di sini”. Tapi saya ada
beratus lagi rakan sekerja berbangsa Cina yang sgt baik. Takkan sebab
seorang bangsat saya nak kena salahkan seluruh bangsa dan biarkan orang
bangsat ni rosakkan hari saya?
.
14. Saya juga pernah dapat 1
boss yang sentiasa mahu makan makanan tak-halal dalam lunch yang dibuat
untuk jabatan. Sebab itu lunch untuk jabatan (department) saya ikut
sahaja, dan saya tak perlu makan. Bila ditanya, saya cakap saya dah
makan kenyang pagi tadi. Saya tak marah sebab saya seorang sahaja yang
tak boleh makan benda tak halal, dan kalau majoriti yang nak makan, saya
biarkan. Kita tak perlu makan. Tapi hanya boss ini sahaja yang macam
tu, rakan sekerja dan boss lain semunya sgt baik dan selalu join saya
makan benda halal yang boleh saya makan. Malah kalau nak diikutkan, 90%
mereka akan teman saya makan benda halal sebab diorang tak kisah.
Kadang-kadang saya pulak rasa bersalah sebab diorang tak boleh nak makan
benda yang mereka nak makan semata-mata untuk temankan saya.
.
15. Dengan gaji RM3000 sebulan, saya boleh menyimpan lebih RM1300
sebulan sbb saya naik moto dan duduk dgn keluarga. Tak sampai setahun
saya bekerja di bank dan s, saya dapat beli rumah pertama, tanpa pakai
duit. Saya belajar ilmu hartanah 2 tahun sebelum beli. Rumah pertama
saya beli adalah kondo di Kelana Jaya berharga RM140,000. Rumah landed?
Memang tak mampu la tapi saya bersyukur sebab umur 25 tahun dah boleh
beli rumah. Zaman ibu-bapa saya, jarang boleh jumpa orang boleh beli
rumah sebelum umur 35 tahun. Saya masih naik motor waktu ini.
.
16. Selepas kerja 3 tahun di bank saya ditawarkan bekerja disyarikat
MNC lain sebagai “Businesss Development Specialist” oleh ex-boss saya
yang dulunya bekerja di bank yang sama. Beliau tgk saya boleh buat
kerja, so bila ada opening di syarikat baru dan beliau perlukan pekerja
yang rajin, beliau cari saya. Beliau orang Cina. Saya engaja highlight
bangsa beliau sebab ramai orang komplen yang orang cina tidak akan bagi
peluang pada orang Melayu. Memang ada minoriti kecil yang rasis, tapi
bukan semua. Orang melayu pun ada yang macam tu kan?
.
17. Saya
diinterview 4 kali sebab jawatan yang diberikan itu, biasanya untuk
orang yang berumur 30 tahun ke atas. Jawatan iddle manager. Kalau saya
dapat, saya akan jadi orang plg muda di seluruh asia pasifik yang
memegang jawatan itu. Mereka ambil saya sebab saya cerita kisah saya
dari A-Z dan mereka ambil saya sebab mereka suka attitude saya. Saya
tiada pengalaman menjaga 50 orang dan buat korporat sales tetapi saya
diambil sebab attitude saya betul. Gaji saya mereka naikkan dari RM3300
sebulan ke RM9000. Tak sampai 4 tahun lepas saya berkerja jual kredit
kad tanpa gaji tetap. Sekarang dapat RM9000 sebulan. Saya syukur lagi
banyak sebab rezeki saya Allah yang bagi.
.
18. Tahun yang
sama, saya melangsungkan perkahwinan. Belanja hampir RM30,000, satu sen
pun saya tak hutang. Masih naik motor tapi dah beli 4 bijik hartanah
sebelum nikah.
.
19. Saya kerja di syarikat ini hampir 5 tahun,
sampai gaji berbelas ribu. Gaji dah naik sampai 11 ribu, baru beli
kereta RM75,000. Second hand je. Graduan sekarang? Baru gaji RM2500 dah
menggelupur nak beli Honda City dan VIos.
Saya berhenti kerja tahun
2013 untuk kejar impian saya, buat bisnes konsulting hartanah pertama
kat Malaysia. Saya dah puas bekerja dengan orang, saya nak berniaga sbb
itu impian saya. Tinggalkan gaji berbelas ribu. Tak ramai orang yang
akan ambil jalan yang saya pilih untuk bermula dari kosong bila dah ada
gaji berbelas ribu, hartanah dah beli lebih dari 20 puluh.
.
20
Seminar yang saya buat memang muhibah, semua bangsa dan agama datang
belajar. Saya sengaja buat seminar dalam bahasa inggeris sbb majoriti
ilmu pelaburan dan informasi dalam bahasa inggeris. Saya cukup bangga
sebab seminar saya 1Malaysia untuk orang yang rajin nak timba ilmu.
Orang malas saya memang benci, tak kira bangsa apa.
.
21. Bila saya buka FAR Capital Sdn Bhd,
sekali lagi saya diberitahu yang saya tidak akan ada orang yang sanggup
bayar beribu untuk dapatkan nasihatkan pelaburan. Saya kurang bersetuju
sebab hanya orang yang tak faham kepentingan masa dan kos kesilapan
akan cakap fee saya mahal. Ramai client FAR Capital cakap fee saya murah
sebab mereka faham kelebihan yang mereka dapat bila mereka jadi klien
saya. Dan bukan susah untuk saya buat balik 5-10 kali ganda keuntungan
berbanding dengan apa yang mereka bayar saya.
.
22. Masa saya
sekarang bernilai beratus untuk setiap jam, dan ada yang sanggup bayar
beribu sejam untuk dengar pendapat saya. Tapi peningktirafan paling
besar saya dapat ialah bila saya diberi kepercayaan untuk membentangkan
proposal berkaitan perumahan kepada Perdana Menteri Malaysia ( 100%
tiada kaitan dgn 1MDB). Saya tak dibayar apa-apa bila saya dipanggil utk
kongsikan kepakaran saya, tapi saya cuba sebaik boleh sebab bagi saya
ini sgt penting. Ada cadangan yang saya bentangkan saya tgk telah
diimplikasikan dalam Budget 2015. Saya bersyukur diberi peluang
berbakti balik kepada negara gunakan kepakaran saya dalam bidang. Kalau
saya dipanggil balik beratus kali pun saya akan buat secara PERCUMA
sebab saya nak berbakti balik kepada negara saya. Saya tak perlu dibayar
dan saya pun takkan minta projek sebab ini bukan saluran rezeki yang
saya nak.
.
Dah berjela saya ceritakan pengalaman hidup saya. Kalau saya boleh ringkaskan pengalaman dan pendapat saya :
.
a. Kalau nak berjaya EQ kena tinggi. Banyak orang berjaya lain saya
tengok bukan sebab mereka pandai, tetapi mereka punya attitud yang
sangat positif dan susah nak putus asa.
.
b. Kena usaha cari ilmu. Bila ada ilmu, duit insyaAllah akan confirm datang. Fikir jangka-masa panjang.
.
c. Kena fikir international, dan english kena bagus kalau nak berjaya
dalam karier atau business. Orang tak peduli kalau anda petah berpidato
waktu university kalau nak jawab soalan waktu interview pun
tergagap-gagap.
.
d. Jangan takut nak buat benda baru. Saya
bermula sebagai programmer, leaps tu buat sales, jadi manager di bank,
buat korporate sales dan sekarang berniaga. If you dont like where you
are today, just move. You are not a tree.
.
e. Jangan harapkan
bantuan kerajaan untuk berjaya. Paling penting kita sendiri kena usaha
keras. Kena sanggup kerja sampai pagi, kena travel keluar negara bila
diperlukan. Orang yang gaji berbelas ribu tak balik kerja tepat 5.30
ptg. Mereka balik lepas kerja dah siap.
.
f. Ijazah anda atau
apa-apa kelulusan anda hanya permulaan. Macam bila anda masuk maraton,
anda kena bayar duit untuk masuk. Ijazah anda adalah duit tu. Semua org
pun ada ijazah sekrang ni, so ia takkan beri anda apa-apa kelebihan.
Macammana anda habiskan maraton tu yang penting. Maraton karier anda
adalah sampai umur anda 55-60 tahun. Kalau anda bermula perlahan, no
problem. Gaji saya cuma RM600 bila bermula kerja, dan bila saya berenti
berbelas ribu, semuanya tak sampai pun 10 tahun. So kat mana kita mula
tak penting, yang penting kita postif dan usaha keras.
.
g.
Semua benda boleh jadi issue kalau anda nak jadikan issue. Boss jahat,
rakan sekerja minum depan anda waktu puasa pun anda akan jadikan issue.
Orang nak berjaya, kena selesaikan issue besar. Kalau orang minum depan
anda yang berpuasa pun anda boleh jadikan issue, maaflah saya boleh
cakap sekarang anda memang susah nak berjaya sebab masalh kecil macam ni
pun akan ambil banyak masa anda.
.
h. Belajar melabur dan ilmu
duit. Macammana anda gunakan duit anda akan membentuk masa depan anda.
Kalau saya mula pakai kereta vios tahun 2005, saya takkan dapat capai
apa yang saya dapat hari ini.
.
Agak-agak korang, kalau saya
putus asa waktu umur saya 23 tahun dan mengadu dan menangis teresak-esak
pada TPM sekalipun, hidup saya akan berubah tak?
_______________________________________________________________
Salam semua. Tak sangka tulisan saya sudah dapat lebih 1000 share. Ada
yang menyokong, dan ada yang mengecam. Paling best ada yang labelkan
saya ebagai Qarun moden, riak+berlagak dan ada yang minta saya tunjukkan
semua benda elok yang pernah saya buat sedangkan kita digalakkan buat
kebajikan secara senyap. upset emoticon
.
Masa saya mahal dan saya tiada masa nak menjawab beratus komen anda
secara individu, jadi saya rumuskan jawapan saya kepada 2 yang berikut :
.
- Kepada yang faham dan sharekan post ini untuk pelajaran orang lain,
saya nak ucapkan tahniah. Sebab mentaliti kita sama. Teruskan usaha dan
saya doakan kejayaan anda dunia dan akhirat. like emoticon
.
Kepada yang mengecam, menuduh dan beri beribu alasan kenapa bangsa lain
/ Z****/ GST / Menteri / kerajaan / penjual henfon OPPO / Yahudi /
bangsa lain / Faizul Ridzuan @ Qarun / atau apa-apa alasan baru yang
menyebabkan korang tidak atau kurang berjaya, saya ucapkan takziah
kepada anda dan saya doakan anda berubah sebab terus terang saya tak
pernah berjumpa orang yang berjaya dalam hidup tapi kuat beri alasan.
.
- Kepada yang terasa saya cuba nak mengkritik, saya minta anda
lapangkan fikiran dan cuba fahamkan mesej yang saya nak sampaikan. Saya
pun pernah susah macam anda, dan saya tahu tiada orang/kerajaan yang
akan tolong saya kecuali saya bantu diri sendiri dulu.
Selamat bersahur, subuh dan selamat berpuasa ^^
ADS HERE !!!