SUSAH NAK PERCAYA!!!! IBU tiri dan bapa kandung Yaya tidak mengaku salah dan telah dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.
Kalau dilihatkan bagaimana penderaaan yang begitu kejam yang diterima oleh mangsa sehingga membuatkan adik Yaya mengalami trauma yang teruk, maka sepatutnya ia boleh dikategorikan kesalahan jenayah yang cukup berat seolah-olah cubaan membunuh.
Selain itu, suspek juga telah cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh pihak polis dan seharusnya mereka ditahan reman lebih lama.
Sebenarnya pihak polis mempunyai hak untuk menahan reman suspek jenayah sehingga 60 hari, termasuk reman penjara dengan kerjasama mahkamah.
TULANG RUSUK PATAH SEHINGGA CACAT
Bayangkan tulang rusuk dan tulang belakang anak itu sampai patah. Lebih sedih lagi tulang yang patah sekitar 3-4 bulan lalu dibiarkan sembuh dengan sendiri sehingga menyebabkannya d struktur rangka tubuh Yaya mengalami kecacatan kekal dan sukar dibaiki, terutamanya di bahagian tulang belakang.
DIPIJAK DAN DIHENTAK KUAT
Pijakan dan hentakan kuat di bahagian kepala, dada dan abdomen Yaya sehingga tulang belulang itu boleh patah sudah cukup untuk membunuhnya.
HATI, LIMPA, BUAH PINGGANG, PARU-PRAU DAN JANTUNG
Allah benar-benar telah melindungi Yaya yang masih bernyawa apabila hanya usus beliau sahaja yang terlipat. Padahal hati, limpa, buah pinggang, paru-paru dan jantung beliau boleh sahaja pecah dengan kesan trauma itu. Ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang boleh membawa maut serta merta.
KEMALUAN DICUCUH ROKOK DAN DIKURUNG
Di samping sengaja mencucuh api rokok di kemaluan Yaya, beliau juga dikurung sendiri dalam gelap dan tidak diberi makan sehingga tubuhnya kurus kering dan perutnya membuncit begitu.
CUBA MELARIKAN DIRI
Justeru itu suspek seharusnya diberi pengajaran untuk beraya di lokap jika sekalipun tidak didera. Ini kerana mereka bukanlah tahanan yang menyerah diri, tetapi telahpun melarikan diri. Ini tidak melayakkan beliau menerima pembebasan sementara itu.
Kita
harap suspek tidak melarikan diri agar dapat menerima hukuman yang
setimpal dengan kekejaman yang telah dilakukan terhadap Yaya.
Apapun
kita terpaksa akur dengan proses perundangan. Pastinya pihak polis dan
mahkamah telah menimbangkan dengan semasak-masaknya.
Hukum qisas menetapkan darah dengan darah, nyawa dengan nyawa, gigi dengan gigi, lidah dengan lidah dan luka-luka pun ada qisasnya.
Doa dan simpati yang tidak putus buat adik Yaya. Sesungguhnya doa hamba yang teraniaya tidak akan ditolak. Demikian juga doa Yaya yang teraniaya. Tiada insan yang sanggup memaafkan kedua pelaku ini sampai bila-bila, biar apapun alasannya.
WARGA PRIHATIN
ADS HERE !!!