Malang betul nasib bayi yang dilahirkan di sebuah hospital Satillo, Mexico semalam. Ini kerana kesilapan seorang pelajar perubatan yang tidak sengaja terpotong alat sulit bayi lelaki yang baru
dilahirkan dalam bilik bersalin.
Kejadian tersebut berlaku kerana pelajar
perubatan itu menyangka alat sulit bayi lelaki itu adalah tali pusatnya. Malang sungguh!!!!
Sebenarnya pelajar tersebut telah mempunyai pengalaman bertahun lama dalam program perubatan.
Setelah menyedari kesilapannya , pelajar itu didakwa cuba menyembunyikan perkara itu
daripada ibu bapa bayi tersebut dengan membawa bayi ke bilik pembedahan untuk
memperbaiki kesilapannya.
Bapa
mangsa bayi itu, Diego Rangel Izaguirre mula mengesyaki sesuatu yang yang pelik berlaku kerana dia tidak dibenarkan untuk melawat
anaknya yang baru dilahirkan itu walaupun sudah lebih daripada dua jam menunggu..
Kakitangan
hospital berkenaan di Saltillo, Mexico, memberi jaminan kepada Diago bahawa
bayinya telah mengalami kecederaan ringan dan menemui kesan lebam setelah
mengetahui perkara sebenar.
Sekumpulan
doktor pakar bedah ketika cuba menyambung semula alat sulit bayi itu didakwa
melakukan kecederaan lanjut.
Rangel
berkata, selepas anaknya dilahirkan, pegawai perubatan telah memotong tali
pusat bayi dan mencederakan alat sulitnya.
“Malangnya,
pakar bedah ketika cuba menjahit semula alat sulit bayi kami, dua lagi
kecederaan baru berlaku sedalam dua sentimeter," dakwanya lagi.
Akhirnya
pelatih perubatan yang tidak cekap itu menjahir semula sebagai usaha
mencantumkan semula zakar bayi itu tetapi ibunya Zulem Contreras masih marah
dengan kakitangan tersebut dengan mendakwa anaknya sepatutnya dibedah pakar
profesional.
"Insiden
ini tidak sepatutnya berlaku mereka sepatutnya menugaskan pakar genekologi
untuk menjaga anak saya bukan pelajar atau pelatih perubatan," keluhnya.
Hospital
yang bertanggungjawab telah melancarkan siastaan dalaman dan disokong oleh
pegawai Mexico.
Institut
Keselamatan Sosial Mexico berkata mengikut maklumat yang ada pada masa ini,
semasa bersalin, apabila memotong tali pusat, kebetulan kulit atas akar telah
cedera dan diperbetulkan dengan prosedur biasa berkhatan untuk bayi itu. -
Agensi/ malaysiagazzete
ADS HERE !!!